Thursday, January 6, 2011

" The Life Cycle Of A Photographer "

ak ade bce forum dri digitakmukmin,,,,,,




" The Life Cycle Of A Photographer "

Ianya terbahagi kepada lima fasa berbeza.


Fasa 1 - The Beginner

Ketaksuban datang ketika melihat gambar kawan-kawan yang terlibat dalam fotografi atau pernah hadir ke pameran fotografi di mana gambar-gambar di situ sangat dikaguminya.

Dia (pendatang baru), mudah dijadikan kawan kerana sikap mesranya. Banyak bertanya jikalau ada sesuatu tidak difahaminya. Dia akan mencari "mentor" untuk dijadikan guru. Apa yang diterangkan oleh mentor, akan cuba difahami dengan sedalam-dalamnya.

Tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa walaupun mentor pertama menerangkan teknik yang berbeza dari mentor yang kedua. Dijadikan pengalaman untuk terus mengkaji segala kesilapan sehingga faham sebenar-benar faham apa maksud yang diterangkan.

Ketika ini, fahamlah olehnya, antara mentor tidak punyai idea yang sama. Berlainan fahaman tidak semestinya lari dari objektif fotografi tersebut.

Adapun sikapnya yang baik-hati ini membuatkan jurufoto lain sangat senang hati menjadikan "pendatang baru" ini mudah "maju kehadapan".




Fasa 2 - The Amateur

Selepas dua tahun, dia meninggalkan fasa pendatang baru dan melangkah ke fasa amatur.

Ditinggalkan kesemua kamera automatik, p&s, kompak dll., dan beralih pula ke kamera yang bersisitem slr/dslr. Dia suka mengumpulkan pelbagai lensa dari wide hingga ke tele bersama-sama sebuah flash-gun. Apa peralatan fotografi yang diceritakan baik oleh mentornya, akan cuba dibeli. Malah, terikut-ikut mahu memiliki barang yang sama apa yang dimiliki oleh mentornya.

Ditahap ini, banyak khidmat percumanya. Kalau dicaj hanya mengambil modal sahaja. Sikap ini amat digemari oleh kalangan jurufoto. Masih lagi tanpa segan silu bertanya apa yang tidak faham.

Landskap dan potrait adalah rakaman kegemaran. Banyak menggunakan sentuhan dari mode "program bias". Dalam fasa ini, banyak pelajaran serta pemahaman diperolehi. Sikapnya yang tidak sombong mencetuskan kecerian pada semua serta "mulutnya sentiasa tersenyum"


Fasa 3 - Serious Amateur / Semi-Professional

Sudah diketahui, setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia fotografi tanpa meninggalkan sentuhan kamera selama bertahun, dia sudah berada ditahap "separuh professional".

Masa ini, banyak peralatan ditingkatkan. Memiliki keluaran terkini, malah sanggup menempah dari luar negara untuk menyaingi rakan-rakan yang masih belum miliki. Masa ini sudah menggunakan kamera Nikon D200 atau Canon 5D. Malah "Professional Gears" seperti Nikon D1, D2H, D2X atau Canon Eos Mark II atau seangkatan mampu dimiliki.

Apabila bertemu tahap yang sealiran (semi-pro), dengan rancaknya berbual-bual, berbincang hal-hal keluaran baru. Waktu ini, fasa ini sudah pandai memilih peralatan "black-finish". Kenapa hitam? Warna hitam menandakan barang-barang professioanal. Mengapa ada tele pro berwarna putih? Sebab belum ada wide angle berwarna putih untuk pro.

Suka menghantar gambar-gambar untuk pertandingan. Banyak dimenangi kerana sudah menguasai kebanyak teknik. Masih tidak sombong, masih senang digauli. Teguran diterima dengan ikhlas dari gurunya. Tidak ada sesuatu perasaan busuk hati kepada sesiapa. Terus berjuang sehingga sampai ke satu tahap yang diidam-idamkan.

Apapun penganalisaiannya, jurufoto yang berada ditahap inilah banyak menolong pengilang mempertingkatkan pengeluaran peralatan fotografi dari satu model ke satu model.

Cuma satu perkara, suka menyembunyikan pengetahuan dan tidak mudah untuk berkongsi. Sebabnya, ingin menyimpan rahsia tersebut untuk pertandingan fotografi seterusnya.


Fasa 4 - Professional / Small Master

Ini adalah tahap ke empat sebelum yang terakhir ke Fasa 5.

Selama lima belas tahun dikira dari tahap amatur. Maka tergolong sudah si dia ketahap Professional. Memiliki pelbagai kemahiran, peralatan yang banyak dan semuanya "berstatus pro".

Kamera semua pro sekurang-kurangnya dua buah. Sudah tidak suka guna barang-barang amatur. Di tahap ini si dia ada sikit "perasaan meninggi diri", tapi hanya segelintir sahaja dan bukan semua.

Selalu dijemput untuk mengadili pelbagai pertandingan fotografi. Di hadapan hakim-hakim lain, dia ada menyuarakan pandangan " Kalaulah saya rakam gambar ini, saya letakkan kucing ini atas sedikit supaya menampakkan gambar itu lebih kuat ceritanya ". Maknanya di sini, banyak gambar yang di rakam oleh orang lain tidak tepat dan betul. Itulah segelintir sikap golongan Professional.

Gemar menyimpan keluaran terhad sesebuah kamera sprt " 50 Years Annivesary" atau apa-apa "limited-edition".

Sesorang itu digelar professional sepenuhnya apabila menggunakan barang-barang sendiri dan bukan barang pejabat atau kompeni. Sebagai contoh, orang surat-khabar menggunakan EOS Mark II semasa bertugas, masa itu masih digelar professional tapi bila selesai bertugas tiada lagi profesional bagi dirinya walaupun sudah 20 tahun dalam bidang fotogfari. Maknanya, orang itu perlu memiliki barang sendiri dan bukan peralatan orang lain atau dipinjam.

Seperti dilihat kini, ada orang mempunyai pengalaman hanya 10 tahun, tapi mengelarkan diri sudah professional dan sudahpun buat khursus untuk mengajar orang. Maknanya golongan ini masih lagi Semi-Pro mengajar amatur. Adakah semasa mengajar amatur itu, dalam ramai-ramai terselit seorang Professional? Ia, ini pernah terjadi.

Peralatan fotografi dari Medium/Large Format, dark-room/light-room, lighting dan pelbagai pernah dilalui cuma dia hanya gusar dan amat takut pada seseorang yang masih lagi berada ditangga teratas. Dia akan tunduk malu apabila bertemu orang itu.


Fasa 5 - Real Master / Top Professional

Masa berlalu, sudah sepuluh tahun berada di takuk Semi-Professional/Small Master. Maka akan melangkah si dia ke satu tahap paling tinggi dalam dunia fotografi. Ini terjadi seandainya si dia boleh bertahan, mengekalkan sikap keterbukaan, bersemangat menolong antara satu sama lain, merendah diri termasuk mesra kawan.

Dia akan dapat memasuki tahap paling akhir dalam kitaran fotogfari ini iaitu "Real Master / Top Professional". Perkataan "Real" berasal dari Sepanyol bermaksud "Raja".

Dia berfikiran luas dalam segala bentuk. Apabila dia melihat sesuatu yang tidak difahami, dia akan cuba melihat lagi dari sudut yang berlainan untuk menilai sesuatu itu dan tidak mudah terburu-buru untuk membuat sebarang komen atau teguran.

Dia juga berkongsi sesuatu rahsia yang tidak pernah diketahui sebelum ini kepada muridnya untuk membantu memperkembangkan pemahaman.
Dia sudah tidak lagi bergantung terus kepada peralatan yang berat (Pro Gears)

"Semua kamera boleh merakam gambar yang menarik" mesej ditujukan kepada muridnya.

"Sebagai jurufoto, awak seharusnya mengawal kamera dan jangan sekali-kali biarkan kamera kawal awak!"

"Jangan salahkan cahaya, cuaca atau manusia apabila awak tidak boleh merakam gambar dengan sempurna, awaklah yang bertanggung-jawab penuh di atas kerja-kerja awak"

"Piala, sijil dan pengikhtirafan yang awak dapat itu adalah hasil dari apa yang awak rakam semalam. Jadi, untuk merealisainya, awak perlu subjektif dan untuk menilainya, awak perlu objektif".

Kata-kata perangsang di atas antara yang biasa didengar adalah sentuhan ikhlas dari Real Master/Top Professional kepada muridnya.

Apapun, yang amat dikesali, di negara kita tidak puyai ramai yang betul-betul berstatus Real Master/Top Professional. Mereka yang membuat bising di gelangang fotografi itu ada dari golongan Small Master/ Professional , berlawanan dengan sikap Real Master/Top Professional, kerja lebih, cakap kurang.

Jadi, dimanakah tahap saya? Secara terus terang, dari hati ke hati, saya tidak mengharapkan sebarang jawapan dari soalan yang ditanya kerana soalan di atas tidak adil. Betul tak saya? Adakah saya melanggar peraturan atau berkhayal sejauh-jauhnya ataupun juga saya terlalu diplomatik


sekadar untuk berkongsi,,, kalu salah sile betulkan ak ye,,, 


~~ semoge bermanafaat~ ;)

~~balik Kampung Maju Jaya~~

~~last blik kg tym Raya Aidilfitri... aku dh abis blajo abah pom ade cuti,,,Jom blik kampung!! 

salasilah family=Abah(jb)+mak(labis) asal owg joho--->kawen--->dapt 2 anak (kak ida,kak ina)---> pindah kerje kt kemaman--->dapt lagi 3 owg anak(aku,ika,walid)anak terengganu~~ ambe owg ganung duk bando chukai~~,takak ikang dikole kemamang...ptg2 wak kepok getter~~ dok sedo sapa ke malang....na na na Ganu kiterrr~~ ;)

sedare mara semua duk blah joho,,, family ak je yg dh merantau selama 25 tahun duk kemaman~~~~ dh menetap kat kmn dh,, abah dh xnk blik joho~
duk ganu ar best~ aman tenang,dop jeng,owg baik2,budaya cantik haaaaa ke guane... aha~

ok~ sepeti biase kalu abah blik kg adik2 die akn bekumpul buat makn2,tahlil sket... dan sebagai kenangan aku disuruh abah tuk amik gmbo family,,,,,
dh mals nk tym pajng2~~ JOM TGOK GAMBO!!


adik beradik abah 10/12... sorg ade keje xdpt hadir...,,, sorang agi dh kembali ke rahmatullah(arwah cik Paron--->alfatihah)



~~~~~sebahagian dri cucu nenek joho~~~~~
kalau kumpulkan semua cucu nenek xmuat ni
ak xde, tukang amik gambo(triport xbawak)



~~cicit yg 3 nenek joho~~
xigt name pe bdak nie


~~~cicit yg terbaru nenek~~
nur ain++ (xigt name) ;p

--Terengganu lagi besama Faidullah Wafalilah--

Faidullah Wafalillah sedap nama diberi, aku dan kwn2 len pagil die wafa,wafa lilah,wafa kendur ahaha~,,, aha,,, 


ok nk jdikan caritenye bile die ajak aku teman die g kole ganung Kuala Terengganu sbb ade urusan keje,,,, keje=die kene buat pameran tuk die punye syarikat dekat majlis konvo ILP seluruh Malaysia dekat taman tamandun islam. wafa= name je owg ganu tp bru bebrapa kali g kole ganu,,, oleh sbb ak lame duk kole ganu 2 yg die ajk ak,, tunjuk jln,,,, haisshhh tp xpela makn otel seme die suport!

menginap dekat motel desa~~ atas bukit Pak Apil  sebeloh stesen RTM,, selame 5 thun lebih duk kole ganung ak x penah nek ats bukit 2~ 

ok dibwah ak tayangkan panorama bndo Kole Ganung dr Bukit Pak Apil~~ kasi tone sket,,, ehehe~ JOM TGOK GAMBO!!



beliau seorang yg pemalu~




aku di candid~ ;)

Wednesday, January 5, 2011

Raya Haji~~2010

dh masuk tahun 2011,,,, tp ak masih ade cerite atau gambo 2010 yg x update lam blog nie,,, sbb nye=ak malas sbbnye=laptop problem so jdi berat dan sekaligus telah membuatkan ak kehilangan mud untuk update blog nie(alasan yg kukuh kan??) aha~
semalam ak dah format laptop nie dh jdi bru dh,,, dh LAJU DECUNG!! ngeh2~ pakai win XP Dark Edition.. best laptop lju,,,format senag window nie dah siap ade driver,,, so xyah nk instol satu2 driver 2,,, kalu driver laptop anda hilang cari je window nie,,, atau hubungi ak,,, ak akan copy tuk sape yg beminat rm30 jek,,, aahah

ok merujuk gambar dibawah,,,,dn tajuk diatas,,, gmbo raye haji la,,,,,
ak nk cerite sket tentag abah ak,,~ disebbkan abah minat men lembu(dulu mase kecik2 abah jde lembu atok, blik sek je abah g bgi makn lembu,mendikn lembu,tdo pom gn lembu,,, abah yg cerite la) dan sampai skunk abah ade gak bele lembu,, tp bkn ak yg jge lembu 2 la,,,aha die suh owg jge,,,,,   ok, oleh yg disebbkn minat abah yg mendalam pada lembu dn abah memg terkenal disebbkn lembu,,,bleh dikatekn setiap tahun org akan cari abah,, suh abah carikan lembu untuk korban~  tahun nie abah dapt order sebanyak 13 ekor lembu,,, bkn lembu abah la, lembu abah xde bnyak 2,,, abah dah ade link gan pihak risda peladangan~ name pom lembu ladang, maka sape2 yg masuk bahagian korban memg puas hati~ dr 13 lembu,, 3 ekor mendarat dalam halaman umah ak untuk Ibadah Korban bagi masyasrakat kampug di kawsan2 yg sewaktu dgn umh ak,,,, dn memg ramai yg masuk sbb lembu beso bapok jing!!(daging je dpt 15kg sebahgian) doh la bapok jing bekem nok mapuh, pa ceroh nok buleh ke tumbag kene kerjong 10 org noh~  sedak sket ulas lam dialek ganu,,, ehehe

ok anda leh saksikan beberapa gambar yg ak sempat ak capture,,sket je, sbb nk kene kerjong lembu... ehe~
pic2 di bawah ak telah men dgn tone,,, tp bape jdi sagt sebb masih dlm proses blajo hehe~ kritikan dan pandagan anda bleh di buat diruangan komen dibawah ye,,, eheh... jom tgok gmbo!!






kerjong lembu






Monday, November 1, 2010

bukit beso outing

outing bukit beso,,,, dh 5 thun ak duk kt ganu tp xpenah nek bukit beso, xde sape yg ajak n xde peluang nk g, igt sbb dkt bile2 leh g tp tahun akhir gak leh pergi,,,, outing kali nie xsyok mane sbb pe yg ak harapkn xdapt... dh la kene tgu lame,,, pdan muke syuk kene maroh gn ak ahaha tp maroh men jek,,, ak xreti nk maroh owg sgt~ tp syuk memeg tkut muke die pom len,,, (ak gurau2 je syuk) jgn amik ati ye,,,, ak muke je ganah ati bek kah kah kah~  
ok sbb ade owg lambt kami mule daki bukit beso kul 4 ptg.... curam gak la,,, letih berpeluh gak nak sampai ke puncak,,, tp letih xterase sbb kami banyak kali berenti tuk amik gambo,,,, maka tgok la sket gambo ak yg x seberape nih ye,,,~~ak xamik shot bnyak sgt sbb atah bukit beso 2 xde subjek yg best tuk diambil,,, owg pom xramai mane tym 2~ tgok lerhhh~














disebbkan xberapa puas ati gan pic dekat bukit beso 2 kami trus ke kole ibai tuk shot masjid terapung dan memg dh lame ak nk g amik lalu dh bape kali tp xtersinggah2 jugak~ tp akhirnye masjid terapung bejaye ak lukiskan mengunakka cahaya~


xpdc gunung tebu~

xpdc gunung tebu,,,,,,, dh lame nk g akhirnye bejeye juge ak tawan gunug tebu berketiggian 1053 kaki, 7 km jarak pejalanan yg mgambil mase selame 6 jam.... memg mecabar, memg jauh, memg curam dan memg la sgt letih.... tp Alhamdulillah kami seramai 33 owg bejya sampai di puncak pada jam 4-5 ptg....  diwah menunujukan gambo kt gunung tebu,,, ade lagi banyak pic malas nk edit,,, so tgok jela yg mane ade ye,,,, ngeh2x~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...